Sabtu, 9 Oktober 2010

Pengumuman Jemputan ke Program Kemuncak Talent Star-Segalanya Mungkin

Semua di jemput hadir

Salam,


IRM ingin menjemput para sukarelawan & rakan kerjasama bagi bersama-sama menjayakan majlis kemuncak  program Talent Star- Segalanya Mungkin.
Di samping bagi memeriahkan majlis, kami juga memerlukan khidmat sukarelawan bagi membantu penyelarasan Program kemuncak pada tarikh & masa seperti di bawah:
MAJLIS KEMUNCAK
`TALENT STAR – SEGALANYA MUNGKIN’ 
Sabtu, 16 Oktober 2010 (09.00 Pg – 3.00 Ptg )
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, SHAH ALAM


Di program kemuncak ini, anak-anak dari 5 buah Rumah Anak yatim akan bertanding bagi beberapa siri pertandingan (bercerita, azan puisi dsb). Kesemua anak-anak dr Rumah Anak-Anak yatim akan dijemput (jumlah keseluruhan lebih kurang 200 kanak-kanak).
Setakat ini kesemua anak-anak dari 5 buah rumah memberikan respons yang sangat menggalakkan & semua sedang sibuk berlatih ketika ini.:) Harap2 tak ade yg stage fright!  Masa agak suntuk tetapi semua begitu bersemangat.
Program ini mendapat sokongan & penajaan dari byk organisasi serta bakal mendapat liputan media. Kami sgt2 memerlukan khidmat sukarelawan bagi menjalankan majlis tersebut. Makan tengahari disediakan bagi kanak-kanak dan para sukarelawan, tetapi,Seperti biasa, kami juga mengalu-alukan pot luck di mana satu meja besar akan disediakan bagi menempatkan makanan (IRM style :)) Sumbangan cenderamata bagi anak-anak yang hadir juga sangat dialu-alukan .
Harap dapat hadir bersama anak-anak & rakan taulan yang berkelapangan. Kami menyediakan tempat bagi sukarelawan sebagai sokongan kepada anak-anak yg bakal bertanding.
Untuk pengesahan kehadiran atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Mardiana di 0389486334 / 019 2506202. Juga boleh tinggalkan no.telefon untuk saya hubungi bagi pengesahan penyertaan.
Terima Kasih
MARDIANA
Community Outreach Officer
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
31-7, Jln SP 2/1, Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
tel:03 89486334 fax: 03 89487339

Tiada ulasan:

Catat Ulasan