Rabu, 21 Oktober 2015

PEMBAYARAN MELALUI PLUG N PAY


Sebagai alternatif kaedah pembayaran  kepada para pelanggan kami yang memerlukan kemudahan pembayaran secara tanpa tunai,TY Restaurant kini menyediakan kemudahan pembayaran melalui Kad Debit  atau Kredit memalui terminal Plug n Pay oleh CIMB Berhad.

Semua Kad Visa dan Mastercard boleh di gunakan untuk pembayaran makanan, minuman , perkhidmatan katering dan pembayaran deposit. 

Caj yang di kenakan adalah 2.00% dari nilai transaksi. Walau bagaimanapun bagi pembayaran melebihi RM500 tiada caj di kenakan.

Berhubunglah dengan kakitangan kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan kemudahan ini.

Ahad, 28 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

TY RESTAURANT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelangan kami yang di hormati. Di kesempatan ini  kami ingin mengumumkan pembukaan semula TY Restaurant pada 5 September 2011 selepas di tutup sepanjang Ramadhan untuk pengubahsuaian.

Alhamdulillah proses pengubahsuaian telah berjalan lancar dan di jangka memberi lebih kemudahan serta keselesaan kepada para pelangan kami yang setia.

Serentak itu pihak TY Restaurant ingin mengumumkan tempahan Katering untuk majlis Rumah Terbuka boleh di buat sekarang. Silalah rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Sekiranya ada sebarang pertanyaan silalah hubungi Nik Amran di talian 012-916 7989 atau email nikamran@gmail.com.


Sekali lagi di ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Rabu, 22 Jun 2011

Aqiqah dan Qurban

Salam,

Kepada pelanggan yang kami hormati, sekiranya ingin melakukan aqiqah bolehlah melayari web berikut. Harga yang di tawarkan adalah berpatutan dan di berikan sijil oleh pemilik. Untuk Upah memasak boleh di uruskan oleh TY Restaurant pada kadar berikut :


  •  Kambing - RM10 sekilo basah
  •  Lembu - RM5 Sekilo basah
Sekian. Terima kasih

Rabu, 10 November 2010

CUTI AIDIL ADHA

SALAM,

TY Restaurant mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami. Sokongan tuan puan selama 2 tahun kami beroperasi adalah amat dihargai.

Sempena sambutan Aidil Adha @ Hari Raya Korban, TY Restaurant akan di tutup mulai 16 November 2010 (Selasa) hingga 20 November 2010 (Sabtu). Kami akan mula beroperasi seperti biasa mulai 21 November 2010(Ahad).

Sempena Ulang Tahun ke 2 TY Restaurant akan mengadakan program untuk menghargai sokongan pelanggan kami. Tunggukan pengumuman dari kami selepas cuti hari raya.

Kami di TY Restaurant ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada Muslimin dan Muslimat serta Selamat menunaikan Haji kepada Jemaah Haji Malaysia.

Untuk renungan semua silalah ikuti beberapa Isu-isu Zulhijjah dan IdilAdha  olh Ustaz Zaharuddin
  

Jumaat, 5 November 2010

SARAPAN PAGI WESTERN MEET EAST @ TY RESTAURANT

Salam,

Bermula 1 November 2010, TY Restaurant Memperkenalkan juadah sarapan pagi ala western di samping menu sarapan pagi tempatan sedia ada.

Serentak dengan pelancaran menu baru, kami juga menyediakan pakej-pakej sarapan pagi untuk memudahkan pelanggan memilih hidangan yang di gemari dan berjimat.

Berikut adalah Pakej-Pakej Western :


Combo Breakfast Set A
-1 Set Toast Bread
-Marjerine
-Marmalade@Honey@Jam
-Hot Drink
RM4.00

Combo Breakfast Set B
-French Toast
-Hash Brown
-Sausage Roll @ Sandwich Roll
-Baked Bean
-Teh Tarik Gelas Besar
RM5.00

Combo Breakfast Set C
-French Toast
-Hash Brown
-Sausage Roll @ Sandwich Roll
-Baked Bean
-F&N Fruit Tree Orange
RM6.00
Combo Breakfast Set D
--French Toast
-Hash Brown
-Sausage Roll @ Sandwich Roll
-Baked Bean
-Telur Mata@Scrambled Egg
-Teh Tarik Gelas Besar
RM7.00
    

Combo Breakfast B @ RM5.00 bersama Teh Tarik 

Lain-lain Gambar Menu Western :

Hash Brown

Sardine Roll

French Toast

Baked Bean

Sausage Roll
 Antara Pakej Makanan Malaysia adalah :



SET EKONOMI
-1 Roti Canai Kosong
-Teh Tarik

RM2.00
SET STANDARD
-1 Pinggan Nasi Lemak Telur Mata
-Teh Tarik

RM3.00
SET PREMIUM
-1 Pinggan Nasi Dagang @ Nasi Kerabu
- 1 Jenis Lauk
-Teh Tarik

RM5.00


Roti Canai Panas
 +
Teh Tarik Gelas Besar Kawww
=RM2.00 SAHAJA!!!!!!!!


Nasi Dagang Setiap Jumaat

SARAPAN PAGI LEBIH BERMAKNA  DI TY.

Sabtu, 23 Oktober 2010

TIP MASAKAN 1: Mendapatkan Telur Rebus Yang Cantik

Salam,

Bagi mendapatkan telur rebus yang cantik, mudah di kupas dan licin kulitnya serta kuning telur terletak di tengah-tengah seperti gambar di bawah ?

Telur Kulit Licin


Perfect

Ikut Petua ini :

  1. Untuk mendapatkan telur rebus yang licin dan mudah dikupas, masukkan sedikit garam dan minyak masak ketika merebus telur;
  2. Pastikan telur tenggelam ketika merebus telur;
  3. Untuk mendapatkan telur rebus dengan kuning telur di tengah-tengah, kacau telur perlahan-lahan ketika air mula mendidih  sehingga telur masak sepenuhnya;
  4. Telur kuning akan berada di tengah-tengah.
  5. Selamat Mencuba 

Sabtu, 9 Oktober 2010

Pengumuman Jemputan ke Program Kemuncak Talent Star-Segalanya Mungkin

Semua di jemput hadir

Salam,


IRM ingin menjemput para sukarelawan & rakan kerjasama bagi bersama-sama menjayakan majlis kemuncak  program Talent Star- Segalanya Mungkin.
Di samping bagi memeriahkan majlis, kami juga memerlukan khidmat sukarelawan bagi membantu penyelarasan Program kemuncak pada tarikh & masa seperti di bawah:
MAJLIS KEMUNCAK
`TALENT STAR – SEGALANYA MUNGKIN’ 
Sabtu, 16 Oktober 2010 (09.00 Pg – 3.00 Ptg )
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, SHAH ALAM


Di program kemuncak ini, anak-anak dari 5 buah Rumah Anak yatim akan bertanding bagi beberapa siri pertandingan (bercerita, azan puisi dsb). Kesemua anak-anak dr Rumah Anak-Anak yatim akan dijemput (jumlah keseluruhan lebih kurang 200 kanak-kanak).
Setakat ini kesemua anak-anak dari 5 buah rumah memberikan respons yang sangat menggalakkan & semua sedang sibuk berlatih ketika ini.:) Harap2 tak ade yg stage fright!  Masa agak suntuk tetapi semua begitu bersemangat.
Program ini mendapat sokongan & penajaan dari byk organisasi serta bakal mendapat liputan media. Kami sgt2 memerlukan khidmat sukarelawan bagi menjalankan majlis tersebut. Makan tengahari disediakan bagi kanak-kanak dan para sukarelawan, tetapi,Seperti biasa, kami juga mengalu-alukan pot luck di mana satu meja besar akan disediakan bagi menempatkan makanan (IRM style :)) Sumbangan cenderamata bagi anak-anak yang hadir juga sangat dialu-alukan .
Harap dapat hadir bersama anak-anak & rakan taulan yang berkelapangan. Kami menyediakan tempat bagi sukarelawan sebagai sokongan kepada anak-anak yg bakal bertanding.
Untuk pengesahan kehadiran atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Mardiana di 0389486334 / 019 2506202. Juga boleh tinggalkan no.telefon untuk saya hubungi bagi pengesahan penyertaan.
Terima Kasih
MARDIANA
Community Outreach Officer
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
31-7, Jln SP 2/1, Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
tel:03 89486334 fax: 03 89487339