Rabu, 10 November 2010

CUTI AIDIL ADHA

SALAM,

TY Restaurant mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami. Sokongan tuan puan selama 2 tahun kami beroperasi adalah amat dihargai.

Sempena sambutan Aidil Adha @ Hari Raya Korban, TY Restaurant akan di tutup mulai 16 November 2010 (Selasa) hingga 20 November 2010 (Sabtu). Kami akan mula beroperasi seperti biasa mulai 21 November 2010(Ahad).

Sempena Ulang Tahun ke 2 TY Restaurant akan mengadakan program untuk menghargai sokongan pelanggan kami. Tunggukan pengumuman dari kami selepas cuti hari raya.

Kami di TY Restaurant ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada Muslimin dan Muslimat serta Selamat menunaikan Haji kepada Jemaah Haji Malaysia.

Untuk renungan semua silalah ikuti beberapa Isu-isu Zulhijjah dan IdilAdha  olh Ustaz Zaharuddin
  

Jumaat, 5 November 2010

SARAPAN PAGI WESTERN MEET EAST @ TY RESTAURANT

Salam,

Bermula 1 November 2010, TY Restaurant Memperkenalkan juadah sarapan pagi ala western di samping menu sarapan pagi tempatan sedia ada.

Serentak dengan pelancaran menu baru, kami juga menyediakan pakej-pakej sarapan pagi untuk memudahkan pelanggan memilih hidangan yang di gemari dan berjimat.

Berikut adalah Pakej-Pakej Western :


Combo Breakfast Set A
-1 Set Toast Bread
-Marjerine
-Marmalade@Honey@Jam
-Hot Drink
RM4.00

Combo Breakfast Set B
-French Toast
-Hash Brown
-Sausage Roll @ Sandwich Roll
-Baked Bean
-Teh Tarik Gelas Besar
RM5.00

Combo Breakfast Set C
-French Toast
-Hash Brown
-Sausage Roll @ Sandwich Roll
-Baked Bean
-F&N Fruit Tree Orange
RM6.00
Combo Breakfast Set D
--French Toast
-Hash Brown
-Sausage Roll @ Sandwich Roll
-Baked Bean
-Telur Mata@Scrambled Egg
-Teh Tarik Gelas Besar
RM7.00
    

Combo Breakfast B @ RM5.00 bersama Teh Tarik 

Lain-lain Gambar Menu Western :

Hash Brown

Sardine Roll

French Toast

Baked Bean

Sausage Roll
 Antara Pakej Makanan Malaysia adalah :



SET EKONOMI
-1 Roti Canai Kosong
-Teh Tarik

RM2.00
SET STANDARD
-1 Pinggan Nasi Lemak Telur Mata
-Teh Tarik

RM3.00
SET PREMIUM
-1 Pinggan Nasi Dagang @ Nasi Kerabu
- 1 Jenis Lauk
-Teh Tarik

RM5.00


Roti Canai Panas
 +
Teh Tarik Gelas Besar Kawww
=RM2.00 SAHAJA!!!!!!!!


Nasi Dagang Setiap Jumaat

SARAPAN PAGI LEBIH BERMAKNA  DI TY.

Sabtu, 23 Oktober 2010

TIP MASAKAN 1: Mendapatkan Telur Rebus Yang Cantik

Salam,

Bagi mendapatkan telur rebus yang cantik, mudah di kupas dan licin kulitnya serta kuning telur terletak di tengah-tengah seperti gambar di bawah ?

Telur Kulit Licin


Perfect

Ikut Petua ini :

  1. Untuk mendapatkan telur rebus yang licin dan mudah dikupas, masukkan sedikit garam dan minyak masak ketika merebus telur;
  2. Pastikan telur tenggelam ketika merebus telur;
  3. Untuk mendapatkan telur rebus dengan kuning telur di tengah-tengah, kacau telur perlahan-lahan ketika air mula mendidih  sehingga telur masak sepenuhnya;
  4. Telur kuning akan berada di tengah-tengah.
  5. Selamat Mencuba 

Sabtu, 9 Oktober 2010

Pengumuman Jemputan ke Program Kemuncak Talent Star-Segalanya Mungkin

Semua di jemput hadir

Salam,


IRM ingin menjemput para sukarelawan & rakan kerjasama bagi bersama-sama menjayakan majlis kemuncak  program Talent Star- Segalanya Mungkin.
Di samping bagi memeriahkan majlis, kami juga memerlukan khidmat sukarelawan bagi membantu penyelarasan Program kemuncak pada tarikh & masa seperti di bawah:
MAJLIS KEMUNCAK
`TALENT STAR – SEGALANYA MUNGKIN’ 
Sabtu, 16 Oktober 2010 (09.00 Pg – 3.00 Ptg )
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, SHAH ALAM


Di program kemuncak ini, anak-anak dari 5 buah Rumah Anak yatim akan bertanding bagi beberapa siri pertandingan (bercerita, azan puisi dsb). Kesemua anak-anak dr Rumah Anak-Anak yatim akan dijemput (jumlah keseluruhan lebih kurang 200 kanak-kanak).
Setakat ini kesemua anak-anak dari 5 buah rumah memberikan respons yang sangat menggalakkan & semua sedang sibuk berlatih ketika ini.:) Harap2 tak ade yg stage fright!  Masa agak suntuk tetapi semua begitu bersemangat.
Program ini mendapat sokongan & penajaan dari byk organisasi serta bakal mendapat liputan media. Kami sgt2 memerlukan khidmat sukarelawan bagi menjalankan majlis tersebut. Makan tengahari disediakan bagi kanak-kanak dan para sukarelawan, tetapi,Seperti biasa, kami juga mengalu-alukan pot luck di mana satu meja besar akan disediakan bagi menempatkan makanan (IRM style :)) Sumbangan cenderamata bagi anak-anak yang hadir juga sangat dialu-alukan .
Harap dapat hadir bersama anak-anak & rakan taulan yang berkelapangan. Kami menyediakan tempat bagi sukarelawan sebagai sokongan kepada anak-anak yg bakal bertanding.
Untuk pengesahan kehadiran atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Mardiana di 0389486334 / 019 2506202. Juga boleh tinggalkan no.telefon untuk saya hubungi bagi pengesahan penyertaan.
Terima Kasih
MARDIANA
Community Outreach Officer
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
31-7, Jln SP 2/1, Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
tel:03 89486334 fax: 03 89487339

Rabu, 6 Oktober 2010

MASIH ADA KEKOSONGAN

Terima kasih kepada yang telah memohon pekerjaan di TY Restaurant. Buat masa ini semua jawatan telah di isi kecuali Pelayan dan Pembantu Dapur masih mempunyai 2 Kekosongan. Kepada yang berminat sila hubungi hotline 012-916 7989 atau 03-8945 0200 atau email nikamran@gmail.com

PEMBEKAL BERDAFTAR UPM

TY Rsetaurant kini sah sebagai pembekal berdaftar dengan Universiti Putra Malaysia dengan no. kod pendaftaran TR000107. Kepada rakan-rakan dan pelanggan setia TY Restaurant bolehlah mendapatkan perkhidmatan Katering dari kami. Segala sokongan anda adalah sangat di hargai.

Kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan bertaraf Bumiputera dalam kod Bidang o80100, 080200,080300 dan 080501.
Selain itu juga berdaftar sebagai Vendor TNB no. pendaftaran 3038836.

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan kami silalah hubungi hotline kami di 012-916 7989 @ 03-8945 0200

Isnin, 20 September 2010

Kembali Beroperasi

Assalamualaikum w.b.t

TY Restaurant kini kembali beroperasi setelah ditutup selama sebulan sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak. Kami ingin mengalu-alukan pelanggan setia kami menjamu selera. Di kesempatan ini kami di TY Restaurant ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Dan Batin buat semua pelanggan, pembekal, rakan niaga, pekerja dan semua yang memberi sokongan padu kepada kami.

Sempena Aidilfitri TY Restaurant ingin menawarkan pakej majlis rumah terbuka pada harga yang amat berpatutan. Sebarang pertanyaan silalah hubungi talian hotline kami 012-9167989 @ 03-89450200 @ emailkan ke nikamran@gmail.com